Ketua Hakim Negara كتوا حاكيم نڬارا Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah

Pada 12 November 1982 , Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-5 selepas Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim bersara pada 12 November 1982. Baginda menerima watikah perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ahmad Shah di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.[1]